Saturday, December 31, 2011

2012, SEMANGAT & AZAM BARU!


widgeo.net 
Salam 1 Malaysia..
2012, diharapkan dapat membawa lembaran azam baru bagi semua pelajar khususnya
pelajar Reka Cipta.


Kini, sebanyak 5 kelas RC dibuka bagi sesi 2012 iaitu TING 5T1,5T2 dan 5T3  manakala 
4T1 dan 4T3.Dengan pertambahan kelas dan pelajar diharapkan kualiti kecemerlangan 
RC akan dikekalkan malah KUALITI A dapat dipertingkatkan kepada semua pelajar.
Ianya bukan suatu perkara yang mustahil!

Disini, cikgu mengambil kesempatan untuk mengingatkan pelajar khususnya TING5, 
supaya rajin dan tidak putus asa dalam menyiapkan folio dan artifak. Begitu juga 
kepada pelajar baru TING4, agar tidak memandang enteng kepada subjek ini malah 
dari langkah pertama anda memilih RC perlu berazam untuk SCORE A! & 
dapat mencintai subjek RC sebagai subjek pilihan anda.

Tak Kenal Maka Tak Cinta,
      Cinta RC, Baru Boleh Berjaya!

InsyaAllah.
Selamat Tahun Baru 2012, semoga tahun ini membawa 1001 
keberkatan N kejayaan kepada SEMUA.